Jumaat, 3 Mei 2019

RAWATAN AKAR GIGI

Pengalaman membuat rawatan akar gigi


Hai salam semua.. moga sht2 belaka ye.. Meh dengar cerita Zaza pasal pengalaman membuat rawatan akar gigi. Gigi geraham Zaza selalu sakit on & off. Kira familiar la muka Zaza ni kat klinik mintak ubat dan MC tapi klinik kerajaan je laaa.. swasta tak mampu.. hehe..

Tiba masa yang tidak dinantikan (hehe.. takuttt) Zaza datang dengan hati yang berdebar2. Rupanya hari pertama belum boleh lagi dijalankan rawatan gigi. Doktor perlu periksa dulu gigi tersebut dengan beberapa prosedur. Mula-mula doktor akan bersihkan gigi iaitu scaling. lepas tu doktor tu akan tonyoh2 gigi & gusi dengan alat yang saya tak tau namanya.. hehe..Last sekali doktor letak alat penguji elektrik kat gigi kita yang bermasalah tu then dia tanya samaada sakit atau tidak. kalau kita tak rasa apa-apa langsung ini bermakna gigi tu dah mati akar. Alat tu kalau test kat gigi yang takde masalah kita akan rasa macam kene kejutan elektrik. sakit juga laa.. haha.. saje Zaza suruh doktor tu test kat gigi lain sebab nak tau macam mana rasa untuk gigi yang tkde masalah. haa.. kan dah mendapat..haha. Last prosedur ialah x-ray dan doktor beri tarikh appointment untuk teruskan rawatan mati akar tu.


Rawatan mati akar tu tak sakit dan tak rasa apa-apa langsung kalau gigi tu betul-betul dah mati akar. So doktor tak perlu bius. Yang seksanya rawatan ini ialah kene nganga lama..fuhh mau terkehel rahang dibuatnya. Doktor akan GERUDI gigi tu..haa.. dengar ngeri kan? tapi sebenarnya tak rasa apa pun. Dah setel gerudi doktor akan korek dan keluarkan segala akar mati kat dalam lubang yang digerudi tu. Proses ni memang lama. Lepas dah bersih lubang tu dia akan msukkan ubat dan tampal untuk sementara dulu. Doktor nak tengok tindak balas gigi & gusi kita, kalau takde masalah apa-apa then next appointment barulah dia masukkan ubat dan seal lubang tu kuat-kuat.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lepas rawatan tu saya dah selesa untuk mengunyah makanan. Cuma jangan belasah makanan yang keras-keras la.. Nanti pecah pula tampalan tu. Sesiapa yang masih takut-takut nak jalankan rawatan ni jangan risau tak sakit pun..Belum cuba belum tau.. hihi

Kesimpulannya : 


Kos : klinik kerajaan lebih murah. Caj sekitar rm7 -rm8 setiap kali rawatan.


Suasana : Selesa, nurse dan doktor super baik.. lembut sgt. Saya rasa terharu sangat sampaikan nak balik pun saya salam dorang. Lepas dah jalan setapak dua terlintas difikiran apa kepelik aku ni..ek elehh..


Proses : Prosedur makan masa berbulan-bulan so kene kerap amik cuti bagi yang bekerja. biasanya sebulan sekali je. Proses rawatan kene nganga agak lama. Sabor je la..


Sakit? : Tidak sakit langsung. tak rasa apa2 selama rawatan berlangsung.


Diharap pengalaman Zaza ni dapat menyuntik semangat kepada anda yang masih was-was untuk menjalani rawatan ini. 


Terima Kasih :)





























Khamis, 2 Mei 2019

BRACES


BRACES OH BRACES 


Hai semua.. Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Kali ini Zaza ingin bercerita tentang pengalaman memasang braces. Mungkin ada diantara kalian yang mempunyai susunan gigi yang kurang cantik atau gigi yang agak kedepan sikit atau nama omputehnya over bite tapi masih ragu-ragu atau takut untuk memakai braces. Faktor bajet juga menjadi salah satu penyebab.
Gigi yang cantik menjadi idaman setiap orang terutamanya kaum perempuan. Anda harus bersyukur jika mempunyai gigi yang cantik dan tersusun indah. Bagi yang sebaliknya selalunya faktor ini menjadi penyebab kurang keyakinan diri iaitu dari segi bercakap berdepan dengan rakan-rakan atau yang lebih parah lagi ketawa yang dikontrol dalam erti kata sebenar tutup mulut dengan tangan atau ketawa sambil tutup mulut rapat-rapat. Punyalah seksa nk cover gigi tu.. haha.. jadi disini Zaza nak kongsi pengalaman anak Zaza dalam proses membuat braces. Gigi Zaza pun tak cantik tp apa boleh buat.. dah terlambat.. dah tua takde sape nk ngorat jadi kakza redho je laa kalau orang dok tenung gigi Zaza. Ada juga yang suspek Zaza pakai gigi pelesu sbb gigi Zaza semua saiz besar2 sedondon..orang panggil jenis ni gigi kapak..kahkahkah..
Anak Zaza mempunyai gigi yang tidak tersusun dan sedikit jongos. Mula-mula kami buat survey klinik-klinik gigi yang menawarkan harga murah. kebanyakan yang kami jmpa harga adalah 6k keatas. fuhh..berpeluh ketiak. Akhirnya kami jumpa 1 klinik yang sedang membuat harga promosi iaitu RM4800. Pada hari pertama kami datang keklinik tu doktor terus membuat mould dan memasang braces. Doktor menyatakan proses ini boleh dilakukan tanpa mengikut urutan prosedur seperti x-ray terlebih dahulu. Selepas memasang braces, pada bulan berikutnya barulah anak Zaza membuat x-ray dan malangnya terdapat gigi yang tertanam didalam gusi. Jadi terpaksalah pergi kehospital utk membuat operation membuang gigi didalam gusi tersebut. Kalau nak buang di klinik swasta kosnya agak mahal so better buat di hospital kerajaan. Hanya perlu bawa surat pengesahan dari klinik kita buat braces tu. Kalau tak buang nanti gigi-gigi yg ada tu akan longgar sbb bergesel dgn gigi yg tertanam dalam gusi tu. Itu yang terdapat kes gigi jadi semakin teruk berterabur dan ada yg luruh selepas pasang braces dan biasanya dipasang oleh yg tak bertauliah dan dibuat di rumah. Hati2 guys. Selepas sebulan kami kembali ke klinik tersebut dan doktor mencabut 2 batang gigi dibahagian atas. Cabutan ini bertujuan untuk memberi ruang gigi bergerak kebelakang. Bulan berikutnya 2 batang gigi dibahagian bawah pula dicabut. Alhamdulillah selesai proses cabut mencabut ni so just datang setiap bulan utk mengetatkan braces sahaja.
Bagi yg tiada bajet penuh jangan risau. Kebanyakan klinik menawarkan bayaran ansuran tetapi perlulah menyediakan duit deposit terlebih dahulu. Bulanan anda hanya perlu bayar sekitar RM200 – RM300 sehinggalah habis jumlah harga braces tersebut. Anak Zaza baru setahun pakai braces so hutang masih ada. Biasanya braces ni kene pakai dalam 2 atau 3 tahun bergantung kepada pergerakan gigi. kalau cepat gigi tu bergerak dan dapat susunan yang diidamkan maka cepatlah braces boleh ditanggalkan. Sesiapa yg nak tau sakit atau tidak yg sebenarnya sedang2 je. Permulaan pasang braces pada hari pertama memang terasa sakit sikit sebab braces diketatkan. Nak makan pun seksa so terpaksa makan makanan yg lembut2 dalam beberapa hari dan lepas tu dah ok dah.. hehe..Kalau cabut gigi tu biasanya doktor akan bius dulu so takde la rasa sakit sgt pun..
Jadi kesimpulannya:
Bajet : Sediakan deposit biasanya 50% dari harga braces. bayaran ansuran bulanan sekitar rm200-300.
Sakit ? : No..not really.. hanya mula2 pasang tu je rasa sakit susah nak makan dalam seminggu.. muka pun boleh jadi cengkung.. haha
Komitmen : Yup, tiap2 bulan harus datang ke klinik untuk rawatan susulan.
Kebersihan : Beli berus kecik ada dijual di farmasi. kadang2 ada juga klinik yg provide berus kecik tu dan akan diajar cara membersihkan gigi & celah2 braces.
Good luck pada yg sedang berkira2 nk pasang braces. Buat survey klinik dan bandingkan harga. Kalau nak gigi cantik kenelah seribu daya.. caiyok2!!

RAWATAN AKAR GIGI

Pengalaman membuat rawatan akar gigi Hai salam s emua.. moga sht2 belaka ye.. Meh dengar cerita Zaza pasal pengalaman membuat rawatan aka...